Tuesday, March 1, 2011

Catatan Buat Suami (6 Nov 2010)

Buat suami,

Catatan ini untuk mu,

agar kau mengerti hingga hayat mu pergi,

bahawa aku isteri mu amat menyayangimu..

Buat suami,

Mengertilah engkau hidupku ini untukmu,

perjalanan dan langkahku kaku,

Bila mana engkau pergi jauh dariku,

Suami yang baik,

aku mohon doamu selalu,

agar aku jadi isterimu yang setia, patuh dan taat,

melahirkan zuriat untuk mu,

agar kau bahagia dan gembira,

Wahai suami,

Apalah dayaku,

Aku bukan sesempurna wanita impianmu,

Kekurangan ku terdapat di mana-mana,

Kuharap dapat kau tutupi dengan kelebihanmu,

Tegurlah aku dengan hikmah,

Sedangkan aku hanyalah wanita dhaif yang cetek akalnya.

Buat suami,

Tahukah engaku aku selalu memanggil namamu?

Tahukah kau aku perlu engkau di sisi?

Saat aku jatuh, saat aku sakit, saat aku bersedih?

Tahukah engkau aku juga ingin engkau bersama,

berasa kegembiraan dan berkongsi senyuman dari bibirku?

Suamiku,

Tika ini aku sangat berharap engkau mengerti,

Aku sering meletakkan mu dari kepentinganku,

Mungkin engkau tidak sedar niatku,

Segalanya aku dahului untuk menggembirakanmu..

Wahai suami,

Aku mohon kemaafan,

Aku bukanlah wanita solehah,

Namun masih punya cita² untuk gelaran itu,

Aku punya banyak kekurangan,

Sebagai isteri aku sangat berharap dari kekuatanmu

mendukung aku mengejar kejayaan hakiki,

Apalah guna kejayaan dunia,

Andai aku gagal menjadi isteri yang terbaik untuk mu?

Maafkan lah aku tiap kali sebelum tidur mu,

Selesai solatmu,

Ketika kau lihat kekuranganku,

ketika kebodohanku kau baca,

Ketika kau berada di mana2 kerana,

cita-citaku kini hanyalah untuk mendapat syurga..

Maafkan aku...

By: Isteri

No comments:

Post a Comment