Friday, August 14, 2009

Takziah


Salam..
Takziah buat keluarga dan kenalan Arwah Ustaz Asri yg baru kembali ke rahmatullah semalam 130809. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
sebenarnya bila baca kisahnya dalam akhbar hari ni, betul-betul buat ase sayu dan sedih.. Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 org anak yg masih lagi memerlukan seorang yg bergelar walid, abi, abah, bapa, ayah dan apa jua panggilan dan yg pasti ini sangat2 menyentuh hati..
40 tahun.
Usia pada aku masih lagi muda..
Mungkin Allah masih lagi sayangkan dia..
dan kita juga xsangka..
dalam kita sibuk menghitung hari penghabisan sya'ban ini,
rupanya ramdhan tahun lalu adalah ramadahan yg terakhir buat arwah..
betul2 buuat aku asa "agaknya aku bila??"
entahlah..
Hanya Allah yg tahu takdir kita..
cuma aku harap..
sebelum aku pergi..
aku dapt bertaubat dan mati dalam ISLAM yg satu..
doakan cita2 sehingga mati ini..

Hmm..
sebelum aku habiskan menaip..
mari kita sama2 hayati senikata lagu "Pergi Tak Kembali" ini..

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kanangan Diiringi doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi

Bitung




Bitung,
Sebelum ini xpenah pun nak tau dekat mana letaknya alam Allah yg satu ni..
Then, tetiba nak tau sangat sampai xpuas tgk dlm google map sony nih..
Indonesia..
Sulawesi=celebes
xjauh dah tu..
Anyway..
2hari demam teruk mmg buat jd tpk mcm2
dia belayar lagi kali ni pegi bitung..
Jadi kaitan bitung td adalah kerana dia..

Nak jadi cerita demam masa dia belayar buat ak pk banyak
apatah lagi bila teringat tetumpah cerek panas atas kaki sebab xlarat nak angkat..
lagi lah parah..
tu lah kata org..
kalo dah jatuh ditimpa tangga..
tp..
ujian Allah itu ada dimana aje..
tinggal lagi nak lihat kita tabah ke tidak..
satu lg..
bila kita sakit baru kita tpikir dosa yg banyak
kalo ikut xterhabis dosa dek demam yg panas tu..

masa kena air panas..
baru terpikir pasal panas neraka..
sedangkan kat dunia ni 1/70 aje??
Ya Alllah..
ampunkan aku..
ni baru sikit..
hmm..tp betul2 buat aku takut..

Hmm..sebenarnya aku risau
mampu x aku nak menjalani hidup
sebagai suri seorang pejuang negara..
yg setia menyokong..
berdiri kukuh di belakang
menjadi kekuatan dia
bila pergi belayar..

mampu kah aku menjadi suri,
andai ditakdir aku dpt hdup bsama,
sedankan itu cita yg kami bina bersama..
hmm..nak jaga maruah suami, diri, dan anak2 nati??
layakkah aku??

mama selalu berpesan..
hati2 buat kerja
ingat ma kat mana pun kamu berada
jangan cuai, leka, bla-bla..
semua pun untuk kebaikan ak katanya..

aku yakin sedikit sebanyak dr kata-kata dia
banyak benarnya dari tidak..
yg penting aku mengharapkan doa dari dia..
mama..abah...maaf..

hmm..kisah bitung mungkin membuat aku terpikir lagi..
tanggungjawab ak sebagi isteri, ibu dan anak kelak..
moga suatu hari aku jua dapat jejak kan kaki di sini..
dengar2 tempat di berdekatan dengan pulau..
dapat snorkeling pun ok..
kalo xdpt jugak
tgk keindahan ciptaan Allah pun dah ok..
Semoga dia kat sana dpt menikmati alam Allah dengan baik..
InsyaAllah..

tunggu ya bitung..

Sunday, August 9, 2009

MAMA DEMAM TERUK

Ya Allah..
Jika kau uji aku..
Ujilah dengan kemampuan..
jangan sehingga aku menjadi celaka..

Ya Allah..
Jika aku berdosa..
Hukumlah aku..
Namun..
Jauhilah sakit pada insan itu..
Insan yg memberi aku minum..
insan yg memberi aku makan dan pakai..
Sehingga kini aku masih belum menjadi berguna..

Ya Allah,
pg ini aku memohon agar..
Ampunlah dosa-dosa mama..
dosa-dosa kami..
dosa-dosa anak cucu kami..
dosa saudara kami..
jiran-jiran kami
agar kami sentiasa dijauhi bala..
bala atas org2 yg engkau laknat..

Amin..
p/s: Tolong doakan mak saya.. Thanks..

S.A.Y.A

Isnin 10 Ogos 2009, 0240h

Salam ukhwah,

S.A.Y.A
insan yg masih cinta dunia
insan yg masih memerlukan DIA
disetiap ketika walaupun lupa

S.A.Y.A
masih punya keluarga
yang menjadi kekuatan bila lemah melanda
juga masih punya teman
yang sudi mendengar lara dan gembira
jiran tetangga & saudara
yg kadangkala diperlukan segera

S.A.Y.A
hampir sudah berpunya
hampir berusaha untuk berjaya
berserah pada takdirNya yg pasti
dan kerana D.I.A aku perlu belajar mengerti

S.A.Y.A
sama dan tidak sama
seperti manusia lain
ada ketika
bila-bila
dan S.A.Y.A
berusaha untuk jadi berguna

Selamat untuk S.A.Y.A
Doakan..