Thursday, March 3, 2011

Marah Aku!

Marah aku,
Pada mereka yang mengambil kesempatan,
Di atas kesimpatan dan kepayahan,
Mencari sesuap nasi untuk terus hidup,
Dalam mengejar cita yang masih tidak jejaki.

Marah aku,
Pada mereka yang tidak memahami,
Kesusahan dalam mencari rezeki,
Sedang mereka kenyang,
Buntal,
Gelihati,
Melihat kemiskinan mereka-mereka seperti aku,
Yang saban hari mengira,
Bila segalanya akan berakhir.

Marah aku,
Melihat orang tua ketuaan,
Menjinjing malu merayu kamu,
Sedang kamu kaya hingga mati,
Waris pejam mata,
Goyang kaki,
Sama seperti kamu,
Senyum tidak sudah,
Ketawa terdekah-dekah.

Marah aku,
Hingga mendoakan,
Kejahatan dibalas kejahatan,
Hanya Tuhan yang layak maaf kan kamu,
Sesungguhnya aku teraniaya,
Oleh kamu raja dunia,
Sesungguhnya,
Sampai mati pun aku,
Akan aku ingat kesusahan ini,
Bukan sekadar ujian dari Tuhan,
Aku redha,
Namun,
Kezaliman tetap kezaliman,
Bukan Tuhan takdirkan,
Aku sumpah,
Dengan nama Dia,
Aku benci kamu, kamu dan kamu...

Tuesday, March 1, 2011

Catatan Buat Suami (6 Nov 2010)

Buat suami,

Catatan ini untuk mu,

agar kau mengerti hingga hayat mu pergi,

bahawa aku isteri mu amat menyayangimu..

Buat suami,

Mengertilah engkau hidupku ini untukmu,

perjalanan dan langkahku kaku,

Bila mana engkau pergi jauh dariku,

Suami yang baik,

aku mohon doamu selalu,

agar aku jadi isterimu yang setia, patuh dan taat,

melahirkan zuriat untuk mu,

agar kau bahagia dan gembira,

Wahai suami,

Apalah dayaku,

Aku bukan sesempurna wanita impianmu,

Kekurangan ku terdapat di mana-mana,

Kuharap dapat kau tutupi dengan kelebihanmu,

Tegurlah aku dengan hikmah,

Sedangkan aku hanyalah wanita dhaif yang cetek akalnya.

Buat suami,

Tahukah engaku aku selalu memanggil namamu?

Tahukah kau aku perlu engkau di sisi?

Saat aku jatuh, saat aku sakit, saat aku bersedih?

Tahukah engkau aku juga ingin engkau bersama,

berasa kegembiraan dan berkongsi senyuman dari bibirku?

Suamiku,

Tika ini aku sangat berharap engkau mengerti,

Aku sering meletakkan mu dari kepentinganku,

Mungkin engkau tidak sedar niatku,

Segalanya aku dahului untuk menggembirakanmu..

Wahai suami,

Aku mohon kemaafan,

Aku bukanlah wanita solehah,

Namun masih punya cita² untuk gelaran itu,

Aku punya banyak kekurangan,

Sebagai isteri aku sangat berharap dari kekuatanmu

mendukung aku mengejar kejayaan hakiki,

Apalah guna kejayaan dunia,

Andai aku gagal menjadi isteri yang terbaik untuk mu?

Maafkan lah aku tiap kali sebelum tidur mu,

Selesai solatmu,

Ketika kau lihat kekuranganku,

ketika kebodohanku kau baca,

Ketika kau berada di mana2 kerana,

cita-citaku kini hanyalah untuk mendapat syurga..

Maafkan aku...

By: Isteri

Bagaimana Ku Tafsir Hatinya (26 Dis 2010)

"Bidadari, bidadari Temanilah resahku Bidadari, bidadari Tenangkanlah jiwaku Sumpah setia hidup mati Selamanya Kerana kau isteriku Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku Bidadari, bidadari Jadilah pedampingku Bidadari, bidadari Jadilah sang setia Kerna cinta cinta suci Buktinya..."

Nyanyian mendayu Munif Ahmad berjya gugurkan air mata yang kutahan dalam kesibukan kerja yang semakin bertimbun.. ya Allah..

Kau mengerti bahawa bagaimana aku ingin menjadi bidadari syurga andai aku sebaliknya,

Impian, anganku ingin mencari keredhaanmu,

padahal setiap waktu dosaku bagai angin yang menampar pipi,

ya Allah,

sesungguhnya Kau yang mengetahui bisik hati ku,

Walau aku jauh di hujung dunia,

titip doaku tidak pernah putus,

Untuk insan yang bernama SUAMI...

Sesungguhnya aku tidak mampu selami hatinya,

tidak pernah mengerti menafsir,

sedang mu Ya Allah lebih mengetahui,

ya Rahman,

Dekatkan aku paduMu melebihi segalanya,

Tika aku tidak mampu mengadu pada dunia,

Tika dunia leka memeluk dan memuja,

apalah daya aku untuk terus berharap,

Melainkan kebahagiaan hakiki yang kau janjikan...

Tika ini,

Kau menjadi kegembiraan dan kekuatan,

Aku ingin terus berharap padamu,

agar suatu ketika,

aku layak bergelar bidadari syurga..